HAMPIR KE HUJUNG 2018

Alhamdulillah, diam tak diam rupanya dah nak sampai ke penghujung tahun 2018. Kalau ikutkan ibu, memang tak banyak yang telah ibu capai tetapi pada Nur Aiman dan Nur Aina – terlampau banyak yang telah mereka tempuh.

travelog_duanur

Walaupun ibu nampak sedikit kepayahan, tapi ibu yakin kedua-duanya mampu untuk berdiri dan berlari laju demi cita-cita.

Kalau sebelum ni ibu menghabiskan masa menulis tentang Dua Nur di blog ibu dan sudah sampai masanya mereka ada ruangan sendiri. Hee~ Ibu akan beri peluang kepada mereka untuk menaip dan menceritakan pengalaman mereka dari masa ke semasa ( Ya ! Sudah tentu ibu akan pantau ! ) dan menjadikan blog ini sebagai medan inspirasi dan berkarya.

KLIK SINI –> BLOG IBU YANG PENUH DENGAN KISAH ‘DUNAIWI’ – HAKHAKHAK~

Nur Aiman dan Nur Aina masing-masing mempunyai personaliti yang berbeza tapi merak masih boleh dibentuk dengan baik sekiranya ibu membuka ruang untuk mereka meneroka dunia digital dengan baik. Tak de lah nanti terkejut dengan pelbagai anasir yang mungkin memperngaruhi mereka kelak. Wah !

Sebaik mungkin ibu akan cuba blend pelbagai topik termasuklah :

  • #duanurjenjalan
    • Perkongsian tempat-tempat menarik yang wajib dilawati dan tentulah sesuai untuk anak-anak.
  • Ayah Kongsi Tips
    • Ayah membesar dalam suasana kampung dan ayah banyak tips yang menarik termasuklah tips memasak dan berkebun.
  • Ibu Cakap Macam Ni !
    • Walaupun ibu garang tapi ibu baik hati ( Hahahaha~ Confirm lah ibu puji diri sendiri ) ibu selalu bagi pesanan, ada yang pesanan ibu-ibu lain tak pernah kongsi pun.
  • DIY ( Do It Yourself )
    • Dah besar !! Boleh berdikari kan ? Buat lah sendiri.
  • Terima Kasih
    • Jemputan majlis yang Nur Aiman dan Nur Aina sempat hadiri.

travelogduanur

Semoga perjalanan TRAVELOGDUANUR menjadi satu medan penulisan yang bermanfaat untuk semuanya termasuklah ibu, ayah, Nur Aiman, Nur Aina dan pembaca yang lain.

Nota Kaki : Ibu harap ibu dapat istiqomah dan dapat terus menulis pelbagai benda baik. Hee~ Eh ! Nanti cuti sekolah, ibu nak kerah Nur Aiman dan Nur Aina menulis ! Tak try tak tau kan.

 

❤  Ibu Yang Garang Tapi Comel

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s